33.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

LaLiga: Hatrik Benzema bantu kemenangan Real

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KARIM BENZEMA beraksi cemerlang dengan meledak hatrik untuk membawa kemenangan Real Madrid ke atas Almeria 4-2 dalam aksi La Liga, di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Benzema hanya memerlukan 42 minit untuk menjaringkan tiga gol ke atas lawan yang sedang bergelut di kelompok bawahan itu.

Gol bintang Perancis itu terhasil melalui umpanan Vinicius dan Rodrygo sebelum menyempurnakan satu peluang sepakan penalti.

Rodrygo kemudian menjaringkan gol jarak jauh pada minit ke-47.

Advertisements

Almeria menemui jaringan melalui Lazaro dan Lucas Robertone.

Benzema kini telah menjaring hatrik sebanyak tiga kali dalam lapan perlawanan terakhir buat Madrid ketika menewaskan Real Valladollid dan Barcelona bulan ini. 

Sementara itu, Carlo Ancelotti menyifatkan gandingan Karim Benzsema bersama Vinicius Junior dan Rodrygo dengan zaman sewaktu penyerang itu bergandingan bersama Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale satu ketika dulu.

Untuk rekod, trio penyerang antara Benzema, Ronaldo dan Bale memacu Los Blancos memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam lima musim dari 2013-2018. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan