30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ee Yi-Yew Sin mara ke final BAC 2023

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASANGAN beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berjaya melangkah ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

Kejayaan itu diperoleh selepas mereka menewaskan pilihan keempat dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam aksi yang penuh mendebarkan di Dewan Tertutup Sheikh Rashid Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai.

Ee Yi-Yew Sin bermula baik apabila memenangi set pertama 21-16 dalam tempoh 16 minit.

Advertisements

Saingan lebih sengit dipamerkan kedua-dua pasangan beregu apabila mereka saling kejar mengejar mata.

Namun, pasangan negara yang pada satu ketika ketinggalan 14-18 bangkit menyamakan kedudukan sebelum mendahului lawan 19-18 dan kemudiannya menamatkan set kedua dengan 26-24 dalam tempoh 34 minit.

Pasangan negara itu dijadualkan pertemu pemenang di antara pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty atau wakil Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin di final esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan