26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Jenama Hershey di Malaysia ada sijil halal sah – Jakim

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRODUK makanan jenama Hershey yang dikilangkan di Malaysia oleh Hershey Malaysia Sdn. Bhd. mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga ke hari ini.

Perkara itu disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, produk jenama tersebut turut disahkan halal oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Kementerian Agama Republik Indonesia.

“BPJPH adalah Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf Jakim di negara berkenaan,” kata kenyataan itu.

Ujar Jakim lagi, pihaknya sedia maklum mengenai gambar dan video tular melibatkan produk Hershey dari luar negara menerusi laman sosial baru-baru ini.

Advertisements

Menurutnya, pihaknya mendapati produk Hershey yang tular itu tidak memegang mana-mana pengesahan halal daripada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

“Perlu diketahui bahawa pengurusan dan penggunaan bahan mentah adalah berbeza ikut negara.

“justeru, utamakanlah produk yang memiliki SPHM atau pengesahan halal dari mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

“Untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan atau logo-logo halal luar negara yang diiktiraf Jakim boleh layari laman web halal.gov.my” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan