27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Bekas Naib Pengerusi PKR Perak meninggal dunia

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Anuar Zakaria dilaporkan meninggal dunia malam tadi.

Perkara itu disahkan Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

“Sebagai pimpinan kanan dalam AMK negeri, sdr Anuar selalu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Arwah juga memberi sokongan yang padu kepada saya semasa saya bertanding di DUN Teja, Gopeng. 

Advertisements

“Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, sahabat dan perjuangan.

“Salam takziah buat keluarga arwah,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Tambahnya, Mohd Anuar merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan merupakan pemimpin PKR Cabang Gopeng. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan