30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Dr Ammar Ketua Pengarah Tourism Malaysia baharu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DATUK Dr. Ammar Abd. Ghapar dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang baharu berkuat kuasa pada Khamis.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan berkata, perlantikan itu dibuat bagi menggantikan Datuk Hj. Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April 2023.

“Dr. Ammar telah berkhidmat di Tourism Malaysia selama 35 tahun sejak 23 Jun 1988  dan berpengalaman luas dalam sektor pelancongan negara.

Advertisements

“Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengarah Kanan, Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika/Eropah/Oceania).

“Pengalaman dan kredibiliti serta berkelulusan Doktor Falsafah dalam Pengurusan Hotel dan Pelancongan beliau, diyakini bukan sahaja dapat memperkuatkan dan modenisasi Tourism Malaysia mempromosikan pelancongan Malaysia, malahan juga dapat memperkasakan lagi sektor pelancongan tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri MOTAC, Datuk Sri Tiong King Sing turut mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut serta merakam penghargaan kepada Zainuddin di atas sumbangan sepanjang perkhidmatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan