Sunday, June 14, 2026

Harga tiket penerbangan untuk pelajar IPTA akan diumum

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan mengumumkan harga istimewa tiket penerbangan kepada pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ia membabitkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata walaupun terdapat penambahan jumlah penerbangan dan kapasiti pesawat yang lebih besar, ia masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.

“Untuk pulang sambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal tiket kelas perniagaan dengan harga tinggi … kita akan ada perancangan untuk pelajar (membeli tiket) dengan subsidi kerajaan,” katanya.

Loke berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad semalam. – BERNAMA

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan