26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tiket KL-Tawau sempena Aidilfitri terlalu mahal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempertikai harga tiket penerbangan Kuala Lumpur- Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri yang disifatkan terlalu mahal.

Hasil semakan beliau mendapati tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini (20 April 2023) menjangkau RM3,138.

“Ini sesuatu yang amat mengejutkan dan mengecewakan orang ramai khususnya pengguna pengangkutan awam,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Katanya, tahun lalu ketika pintu sempadan baru saja dibuka pada 1 April 2022, tambang ketika itu melebihi RM1000 kerana tidak banyak pesawat boleh beroperasi.

“Mereka perlu melalui proses MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) untuk tiga bulan sebelum dibenarkan beroperasi demi keselamatan orang ramai.

“Pada masa itu, saya selaku Menteri Pengangkutan serta kerajaan dikritik teruk. Saya berdepan situasi tersebut dengan sebaik mungkin.

“Sekarang, bukan lagi isu sekatan pergerakan akibat COVID-19 atau MRO, tapi harga tambang dari Kuala Lumpur ke Tawau bernilai RM3,138 seorang.

“Macam mana keluarga B40 dan M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak beraya tahun ni?,” soal Ka Siong.

Beliau berkata, sektor penerbangan beransur pulih, kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan “grounded” seperti waktu pandemik.

Advertisements

“Syarikat penerbangan tiada alasan untuk tidak menambah frekuensi selagi ada kemampuan dan tiada lagi sekatan “passengers load” sebanyak 50 peratus sewaktu COVID-19 yang memberi justifikasi harga tambang penerbangan melonjak tinggi.

Tambahan pula, frekuensi penerbangan tidak lagi dikawal oleh State Disaster’s Management Committee oleh Sabah atau Sarawak, MYAIRLINE telah pun beroperasi pada 1 Disember 2022; malah MAVCOM pun telah meluluskan banyak penerbangan seperti zaman pra COVID-19.

“Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada syarikat penerbangan, berpada-padalah, tambang terlalu tinggi membebankan rakyat jelata.

“Jangan sampai seluruh rakyat membuat andaian bahawa syarikat penerbangan tertentu dilihat mengeksploitasikan keadaan dengan mengaut keuntungan tinggi sehingga semua kerugian yang ditanggung semasa COVID-19 mahu dipulihkan (recovered) dalam tempoh yang singkat.

“Sekali lagi ditegaskan bahawa pada masa ini bukan waktu berlakunya pandemik COVID-19,”ujar beliau.

Ka Siong turut menjangkakan kerajaan akan memberi jawapan standard.

“Jawapan kerajaan adalah “dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan kerana “dynamic pricing mechanism”.

“Apa pun, tak kira zaman siapa memerintah, acap kali MOT menjawab sebegitu, rakyat sukar menerima jawapan standard tersebut,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan