24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

EPL: Haaland terus menggila, jaring dua gol benam Leicester

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dengan merapatkan jurang kepada tiga mata selepas mengalahkan Leicester City 3-1 di Stadium Etihad.

Penyerang berbisa, Erling Haaland mencetak dua gol pada perlawanan dan kini sudah menjaring 32 gol dalam liga musim ini.

Penyokong di Stadium Etihad tidak menunggu lama untuk gol pertama apabila John Stones melepaskan rembatan dari jarak 20 meter yang menewaskan penjaga gol Foxes, Daniel Iversen pada minit kelima.

City dihadiahkan sepakan penalti selepas diminta memeriksa insiden bola sepakan Jack Grealish terkena tangan Wilfred Ndidi Video Bantuan Pengadil (VAR).

Haaland tenang menewaskan Iversen sekaligus melebarkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak EPL musim ini dengan 31 gol dalam 30 perlawanan.

Penyerang Norway itu terus menambah derita pasukan pelawat dengan gol ketiga perlawanan pada minit ke-25.

Advertisements

Kevin de Bruyne yang melepasi terjahan keras Ndidi membuat satu hantaran yang mudah disempurnakan bekas penyerang Borussia Dortmund itu.

Bintang Belgium itu turut mencatat bantuan gol ke-15 buat City dalam EPL musim ini.

Leicester yang kini dibimbing Dean Smith secara semetara merapatkan jurang pada minit ke-75 menerusi penyerang mereka, Kelechi Iheanacho yang mudah menolak bola muntah Ederson ke dalam gawang City.

Kekalahan ini terus meletakkan The Foxes di zon penyingkiran dengan 25 mata di tangga ke-19 dalam carta liga.

City pula bakal berdepan Bayern Munich untuk aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 20 April ini sebelum disusuli separuh akhir The Emirates FA Cup menentang Sheffield United pada 22 April. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan