27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Anthony nafi harga tiket penerbangan sehala KL-Tawau RM3,138

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke menafikan dakwaan kononnya harga tiket kelas ekonomi untuk penerbangan sehala dari Kuala Lumpur (KL) ke Tawau mencecah RM3,138.

Katanya, beliau sendiri sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAB), Kapten Izham Ismail dan mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk perjalanan terbabit pada tarikh berkenaan, sudah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan.

“Beliau (Izham) juga mengesahkan harga tiket terbabit bukan untuk kelas ekonomi tetapi kelas perniagaan, dan harga tiket terbabit ialah RM2,863.40 dan bukannya RM3,138,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony yakin Ka Siong sebagai bekas Menteri Pengangkutan, faham perbezaan antara tiket kelas perniagaan dan ekonomi.

“Ini fakta yang perlu diperbetulkan. Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas keprihatinan terhadap isu tiket penerbangan yang tinggi dan pandangan mengenai tambahan kapasiti.

Advertisements

“Saya akan mengadakan sidang media khas pada pukul 12 tengah hari esok di Kementerian Pengangkutan untuk memberikan fakta tambahan kapasiti penerbangan untuk musim hari raya tahun ini,”katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menerusi ciapan di Twitter mempertikai harga tiket penerbangan menjelang perayaan Aidilfitri terutama dari ibu negara ke Sabah yang disifatkan terlalu mahal dan mengecewakan orang ramai.

Beliau mendakwa, hasil semakan tiket sehala dari KL ke Tawau untuk kelas ekonomi untuk penerbangan pada 20 April ini, menjangkau sehingga RM3,138.

Ka Siong dilaporkan berkata, syarikat penerbangan tiada alasan untuk tidak menambah kekerapan penerbangan selagi ada kemampuan kerana tiada lagi sekatan had penumpang sebanyak 50 peratus ketika COVID-19 dikenakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan