27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Video Mohamaddin dakwa Covid-19 konspirasi politik pula tular

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Belum pun reda kontroversi menghina pasukan keselamatan negara, muncul satu video merakamkan calon Warisan di DUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi mendakwa penularan Covid-19 semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai konspirasi politik.

Video berdurasi 1 minit 37 saat itu mendakwa Mohamaddin sebagai berkata, di Lahad Datu ini, sedikit sahaja yang terjangkit  oleh Covid-19.

“Kamu bayangkan apabila sudah pilihan raya, pandai melonjak itu Covid. Sudah 500, pandai naik-naik pulak.

“Saya yakin dan percaya, kalau 26 September ini kita dah mengundi, saya ingat 27 atau 28 macam tu kita kosong (jumlah kes jadi kosong). Sihat tidak ada Covid,” katanya.

Pada video itu, Mohamaddin turut menggesa menteri pertahanan dan menteri keselamatan dalam negeri agar meletak jawatan.

Advertisements

Dakwanya, pemimpin itu tidak tahu berapa sengsara polis dan askar perlu bertugas kerana Covid.

“Kalau begitu 10 kali pilihan raya, 10 kali jugalah putar belit ini,” katanya.

KHAIRY JAMALUDDIN

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meminta Mohamaddin menghentikan amalan politik “tidak sihat” calon Warisan itu.

“Pertama sebut perang Tanduo lawan ayam dan anjing. Sekarang wabak Covid pula disebut seperti konspirasi politik. Hentilah politik seperti ini,” ciapnya di Twitter.

Sementara itu, Mohamaddin setakat ini belum memberi sebarang komen berhubung ciapan Khairy itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS) berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia Ke-19...

Lagi Artikel Berkaitan