26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PRN Sabah: Najib persoal kenyataan Shafie

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan status dan kewajaran kenyataan dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Menurut Najib, ada tiga isu utama berhubung kenyataan dibuat Shafie pagi ini.

Dakwanya, yang pertama Kerajaan Sabah sudah bubar dan beliau cuma Ketua Menteri sementara yang tidak ada kuasa untuk beri peruntukkan pada masa ini. 

“Kedua, mengumumkan peruntukkan bagi anggota keselamatan pada pagi hari undi awal di mana anggota keselamatan mengundi adalah rasuah pilihanraya.

“Dan adakah dia (Shafie) percaya bahawa maruah anggota keselamatan boleh dibeli begitu sahaja selepas dihina parti dia (Warisan)?,” tulis Najib di Facebook.

Najib selain itu menjelaskan, perkara ketiga yang dibuat Shafie hingga menjadi persoalan adalah apabila beliau mendakwa kenyataan dibuat calon Warisan, Datuk Mohamaddin Ketapi telah disalah erti orang awam.

“Jika orang awam yang salah erti, kenapa dia perlu mohon maaf?

“Anggota keselamatan bawa jet pejuang dan kereta kebal untuk serang ayam dan anjing. Pencerobohan Lahad Datu ini satu sandiwara”.

“Bahagian mana dalam kenyataan pemimpin Warisan di atas itu telah disalah erti rakyat?,” kata Najib.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan