27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Azlan Man mengaku tidak bersalah lima tuduhan gubah wang haram

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.6 juta.

Tertuduh yang berusia 64 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 kerana menerima dana daripada Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd serta Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menerima wang itu yang dimasukkan ke akaun bank Azlan antara Februari 2014 dan Disember 2017.

Advertisements

Jika sabit kesalahan, Azlan bakal menerima hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Hakim Azura Alwi membenarkan Azlan diikat jamin RM50,000 dan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan