27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Polis rampas bunga api, mercun bernilai RM60,000

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS merampas bunga api dan mercun bernilai RM60,000 susulan serbuan di sebuah premis di Taman Seroja, Sepang pada pukul 7 malam semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, serbuan dibuat berdasarkan maklumat risikan ke premis yang dijadikan tempat penyimpanan bunga api dan mercun.

Katanya, pemilik premis merupakan seorang perempuan Melayu berumur 33 tahun dan hasil pemeriksaan menemukan pelbagai jenis bunga api dan mercun di premis tersebut.

“Semakan mendapati pemilik premis tidak memilik (Pol 122) mengikut Peraturan 12 (Magazin sementara), Peraturan Bahan Letupan 1923 iaitu permit menyimpan bunga api/mercun dan telah melanggar syarat permit seperti mana ditetapkan Polis,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Wan Kamarul Azran berkata, susulan serbuan, Polis menahan pemilik premis untuk siasatan lanjut.

“Polis merampas kesemua bunga api dan mercun yang terdapat dalam premis.

“Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM60,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan