31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tular sayur segar guna bahan kimia bukan di Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pertanian menafikan video tular sayur segar kembali selepas direndam dalam larutan kimia berlaku di negara ini.

Menerusi jabatan berkenaan, kejadian itu tidak berlaku di Pasar Selayang, Selangor sebaliknya berlaku di luar negara.

Menurutnya, ia berdasarkan daripada bahasa yang digunakan dan nombor pendaftaran motosikal dalam video tersebut.

“Siasatan Jabatan Pertanian mendapati video asal berkenaan telah dimuat naik dalam saluran YouTube pada 23 Julai 2021 oleh saluran Telugu di bawah nama Mana Family Trends.

“Jabatan Pertanian menasihatkan orang awam untuk tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tersebut dan menafikan kejadian tersebut berlaku di Malaysia,” katanya hari ini.

Sebelum ini, tular di laman sosial video berdurasi satu minit 45 saat mengenai seorang lelaki menunjukkan bagaimana larutan kimia boleh menyegarkan kembali sayuran berdaun yang layu.

Advertisements

Dalam video yang didakwa dirakam di Pasar Selayang itu, sayur daun berkenaan kembali segar selepas dikeluarkan dalam rendaman larutan kimia dan sayuran itu dijual oleh pelarian Rohingya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet dan ada juga yang berasa bimbang terbeli sayur berkenaan.

Dalam pada itu, Jabatan Pertanian memberi jaminan akan sentiasa giat untuk memastikan tanaman makanan yang dihasilkan di Malaysia mengamalkan Amalan Pertanian Baik.

Justeru, jabatan menyarankan orang awam untuk membeli tanaman makanan terutamanya produk sayur-sayuran yang mempunyai pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) kerana dijamin berkualiti dan selamat untuk dimakan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan