Sunday, June 14, 2026

Sultan Johor tandatangani 300 kad raya, terus tradisi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meneruskan tradisi kegemaran baginda dengan menandatangani sendiri setiap kad ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi hantaran terbaharu di laman sosial Facebook, baginda berkenan menandatangani sendiri setiap kad ucapan yang dilakukan secara lazimnya setiap tahun.

“Secara lazimnya pada setiap tahun, Baginda Tuanku Sultan berkenan menandatangani sendiri setiap kad ucapan yang kemudian disampaikan kepada orang kenamaan, pegawai kerajaan, kakitangan Istana Johor serta orang awam.

Pada hari ini, Baginda berkenan menandatangani sebanyak 300 kad ucapan Hari Raya daripada Baginda dan juga Keluarga DiRaja Johor.

“Boleh mengantuk saya menandatangani semuanya, letih tangan saya tanda tangan setiap kad.

“Pastinya malam ini saya ‘mengigau’ semasa tidur mimpi memegang pen sambil tanda tangan kad raya ini,” titah Baginda berjenaka.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan