Friday, June 5, 2026

Lelaki serang imam positif dadah, dirujuk ke unit psikiatri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LELAKI yang tular menyerang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di Kuantan, Pahang, 26 mac lalu, sudah dirujuk ke unit psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berdasarkan siasatan lelaki berusia 37 tahun itu adalah bekas tentera yang juga gelandangan.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit juga positif dadah.

“Kawasan Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu dan jalan Mahkota, di sini menjadi tempat lelaki terbabit merayau.

“Siasatan juga mendapati suspek dikatakan berhalusinasi. Dia memaklumkan mendengar imam memanggil namanya,” katanya pada sidang media kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini.

Untuk rekod, dalam kejadian kira-kira pukul 6.18 pagi itu, suspek yang berpakaian baju Melayu warna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam datang menyerang mangsa dari belakang.

Mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shuter’ masjid.

Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.

Imam sempat mengelakkan diri dari serangan itu, namun solat jemaah terpaksa dihentikan.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan