25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes kematian meningkat 400 peratus, jawatankuasa tangani denggi diaktifkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi diaktifkan semua selepas kes kematian akibat denggi di seluruh negara mencatat peningkatan 400 peratus sehingga minggu ke-12 tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan itu membabitkan 17 kes kematian, berbanding hanya empat kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan kes jangkitan demam denggi pula merekodkan peningkatan 223 peratus membabitkan 26,222 kes bagi tempoh sama tahun ini, berbanding 8,214 kes pada 2022.

Sehubungan itu ujar Ahmad Zahid,  jawatankuasa yang ditubuhkan pada 2014 itu diaktifkan semula bagi menggembleng usaha dan tindakan bersepadu untuk pencegahan serta kawalan denggi.

“Jawatankuasa berkenaan membabitkan 12 kementerian, semua Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Jabatan Wilayah Persekutuan.

“Mesyuarat hari ini juga memutuskan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi dijenamakan semula kepada Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi supaya selaras dengan jawatankuasa Kabinet yang lain, selain akan bermesyuarat dua kali setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian  selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di Parlimen, hari ini.

Jelas beliau lagi, penjenamaan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Peringkat Kementerian kepada ‘Jawatankuasa Peringkat Tinggi Menangani Denggi’ adalah membabitkan semua kerajaan negeri.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan