29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hakim syarie nasihat Farid – Diana berdamai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKON Farid Kamil dan isteri, Diana Danielle dinasihatkan untuk berdamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid ketika ditemui berkata Hakim Syarie Shukran Yusof menasihatkan demikian pada sebutan semula kes cerai itu.

Menurut Fakhrul Azman, hakim syarie itu menyatakan, perkara yang boleh selesai secara baik, cubalah mengislahkan iaitu usaha untuk memperbaiki keadaan.

“Hari ini adalah sebutan kes bagi Farid memaklumkan kepada mahkamah wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang akan mewakilinya.

“Pendengaran di mahkamah hari ini mengenai lantikan wakil JKP di mana Farid melantik kakaknya. Farid ada cuba pujuk tetapi Diana macam ‘keras’ sikit (gagal dipujuk).

“Proses JKP akan berlangsung di pejabat agama Shah Alam, namun tarikhnya pasangan itu akan menentukan. Seterusnya proses hakam (kalau JKP tidak mencapai persetujuan) dan mahkamah akan menentukannya,” katanya.

Berikutan itu mahkamah kemudian menetapkan 30 Mei ini bagi pihak-pihak mengemukakan laporan JKP berhubung kemelut melanda rumah tangga mereka.

Sementara itu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, telah melantik pengurus bagi mewakili dirinya.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapati bahawa telah berlaku shiqaq, perbalahan berpanjangan) maka Mahkamah Syariah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan terlibat.

Sebelum ini, Farid dalam prosiding terdahulu, mendakwa dirinya tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya, sejak awal bulan ini.

Pada tempoh sama, difahamkan Farid juga tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.

Ketika prosiding pada pagi, Farid yang membawa sejambak bunga ros sempat menitipkan kata-kata

“Bunga ini untuk Diana tanda perdamaian pertama,” katanya ringkas.

Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.

Permohonan cerai tersebut difailkan Diana atau nama sebenarnya Diana pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Untuk rekod Farid dan Diana berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan