27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Rasuah: Ahli Parlimen kerajaan juga disiasat – PM

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen blok kerajaan turut tidak terlepas daripada siasatan jika wujud dakwaan rasuah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, terdapat siasatan sedang dijalankan untuk kedua-dua belah pihak iaitu blok kerajaan dan pembangkang namun tidak mengesahkan jawatan ahli Parlimen yang terlibat.

“Saya tidak tahu khusus, tetapi saya dimaklumkan memang ada siasatan melibatkan blok pembangkang dan kerajaan. Saya tidak tahu jawatannya dan sebagainya, bila tahu soalan ini saya hanya bertanya kepada pihak penguatkuasaan, mereka sahkan memang ada siasatan.

“Saya hanya tanya kepada pihak penguatkuasaan. Memang ada siasatan,” katanya dalam sesi soal jawab perdana menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yussof (Perikatan Nasional-Rantau Panjang) yang ingin mengetahui jika terdapat siasatan rasuah terhadap blok kerajaan.

Advertisements

Kata Anwar, beliau menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi proses pendakwaan terhadap ahli parlimen yang terlibat.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau tiada mempunyai masalah sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut disiasat jika terlibat dalam sebarang unsur rasuah yang membabitkan derma politik.

Jelasnya, penerimaan dana politik yang dikaitkan pemberian kontrak adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.

“Cuma soalnya kena faham undang-undang, tiada percanggahan daripada sudut undang-undang untuk mana-mana orang derma kepada parti politik yang dikaitkan adalah soal kepentingan dengan unsur rasuah.

“Pemberian kontrak dan orang memberi kontrak itu dikehendaki memberikan dana kepada syarikat atau individu atau parti,” ujarnya. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan