29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 6, 2023

Tun M tuntut Anwar tarik kenyataan dalam tempoh 7 hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik semula kenyataan fitnah dibuat beliau pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 baru-baru ini.

Notis tuntutan itu diserahkan Dr. Mahathir menerusi Tetuan Rafique melalui serahan tangan ke Pejabat Perdana Menteri semalam.

Dr. Mahathir berkata, beliau menuntut Anwar menjelaskan tentang tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadapnya pada kongres itu.

Bahkan ujar beliau, biarpun Anwar tidak menyebut namanya tetapi berdasarkan laporan akhbar, orang ramai faham tuduhan itu dilemparkan kepada dirinya.

“Anwar menuduh saya ada berbilion ringgit, agih kepada keluarga, anak, saya adalah scoundrel (penyangak) dan ini memberi gambaran buruk kepada diri saya.

“Ini adalah fitnah melainkan dia boleh tunjuk bukti bahawa saya dapat berbilion ringgit dan melarikan duit ke luar negara serta tidak bayar cukai.

“Banyak tuduhan dalam ucapan ini. Jika dahulu dia cakap masa tidak jadi Perdana Menteri tidak apa tetapi sekarang beliau Perdana Menteri. Jadi, beliau tidak boleh buat tuduhan tanpa bukti jelas,” katanya pada sidang akhbar yang turut disiarkan secara langsung di media sosial dari  Yayasan Kepimpinan Putrajaya, hari ini.

Baca juga:   Ebit Lew ke Afrika Selatan sampaikan bantuan kemanusiaan

Ujar Dr Mahathir, beliau membuat keputusan supaya Anwar menarik balik fitnah dilemparkan itu atau menunjukkan bukti.

Menurutnya, jika ia tidak dijawab, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Baca juga:   Jokowi ketua negara pertama ucap tahniah kepada Anwar

“Fitnah yang dilemparkan itu amat teruk seolah-olah memberi gambaran beliau mencuri duit seperti dilaporkan media.

“Jelas sekali ucapannya satu fitnah terhadap diri saya dan bukan org lain kerana saya orang berkuasa selama 22 tahun dan 22 bulan,” katanya.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata, rakyat khususnya orang Melayu tidak perlu lagi diperbodohkan dengan kenyataan pemimpin tertentu yang mendakwa memperjuangkan hak kaum berkenaan, namun dalam masa sama membolot kekayaan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kerajaan sengaja lewat bentang Akta Pendanaan Politik

KERAJAAN didakwa sengaja melewat-lewatkan pembentangan Akta Pendanaan Politik dengan memberi alasan memerlukan masa untuk libat urus dengan semua parti...

Lagi Artikel Berkaitan