31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

27 penyelidik terima geran penyelidikan Masa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 27 daripada 254 kertas cadangan yang dikemukakan penyelidikan 29 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) menerima geran penyelidikan Program Pembangunan Dasar Masa (MPDP) 2.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (Masa), Azril Mohd. Amin berkata, MPDP 2.0 merupakan kesinambungan daripada MPDP yang diperkenalkan pada September 2021.

Katanya, bidang tumpuan penyelidikan itu termasuk perubahan iklim; keterjaminan makanan, pembinaan daya tahan kesihatan dan kesiapsiagaan krisis masa depan, menangani keciciran pembelajaran, memacu perniagaan, rumah mampu milik, dan perlindungan sosial.

“Senarai penerima geran MPDP 2.0 terpilih telah diluluskan dan dimuktamadkan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Masa pada 27 Mac 2023. Mereka akan menerima geran penyelidikan bernilai RM10,000 untuk kertas ringkasan polisi yang dihasilkan.

“Penerima geran MPDP 2.0 juga digalakkan untuk menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal berwibawa, sama ada di dalam atau luar negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

MPDP telah menghasilkan penyelidikan berkualiti berkaitan kemiskinan situasi, pendidikan kumpulan B40, aspek perancangan bandar lestari bagi kumpulan B40 dan keterangkuman wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, turut dihasilkan adalah berkaitan model perusahaan sosial bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), potensi ekonomi hijau, sekuriti makanan, serta pemerkasaan sektor ekopelancongan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan