Thursday, June 4, 2026

SME Bank hapus caj IHD kepada pelanggan PMKS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SME Bank mengambil langkah untuk memansuhkan caj dokumentasi dalaman (IHD) kepada pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berkuat kuasa hari ini.

Bank itu menerusi kenyataan berkata, bayaran dokumentasi dalaman ialah caj yang dikenakan ke atas pelanggan PMKS untuk dokumen pembiayaan yang disediakan mereka.

“Keputusan ini mencerminkan komitmen SME Bank untuk mengutamakan pelanggan dan fokusnya dalam menyediakan perkhidmatan yang telus dan adil bagi meningkatkan tahap kepuasan dan membina kepercayaan dengan pelanggannya.

“Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan,” katanya hari ini.

SME Bank juga memaklumkan, pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh mengubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 603-2603 7700 atau berhubung terus dengan pengurus perhubungan masing-masing. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan