27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Harga runcit petrol dan diesel kekal

Mesti Baca

HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 22 Mac 2023.

Kementerian Kewangan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM3.35 seliter, manakala diesel ditetapkan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua jenis minyak tersebut telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kementerian itu berkata, harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Keadaan inflasi masih terkawal - Tengku Zafrul

Wartawan

Terkini

BERSIH bidas lantikan politik Pengerusi GLC

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas dua perlantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti yang diumumkan Timbalan...

Lagi Artikel Berkaitan