31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

SPRM siasat skandal tanah di Perak

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan dibuat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berhubung isu skandal tanah di Perak susulan tersebar surat bertajuk ‘surat karam’ di media sosial baru-baru ini.


Timbalan Ketua Pesurujaya ( Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusyairi Yahaya mengesahkan pihaknya menerima aduan berhubung isu itu yang dibuat di Perak.

“SPRM mengesahkan bahawa satu siasatan akan dijalankan terhadap aduan ini dan berharap semua pihak untuk tidak mengulas lanjut serta memberikan ruang bagi siasatan dijalankan secara telus dan profesional,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

AHMAD FAIZAL AZUMU – foto ASTRO AWANI

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau sedia bekerjasama dengan siasatan SPRM berhubung surat yang tular mengenai pemberian Tanah.

Advertisements

Faizal maklum akan laporan SPRM dibuat Putra  pagi tadi berhubung dakwaan yang terkandung dalam “surat layang” yang tersebar baru-baru ini.

“Saya secara peribadi sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas laporan tersebut.

“Ini bertepatan dengan prinsip pentadbiran kerajaan Perak yang sentiasa menekankan kepada kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Satu laporan dibuat Naib Presiden Putra, Hamidah Osman, selepas tular surat mendakwa lebih 1,200 hektar tanah diberikan kepada individu yang dikaitkan dengan Faizal.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan