32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Pahang berputih mata, Sumareh sah milik Police Tero FC

Mesti Baca

GARA-GARA sedikit kealpaan kerana dikatakan lambat membayar gaji ayam tambatannya, Pahang terpaksa berputih mata melihat Mohamadou Sumareh disambar Police Tero FC.

Melalui tindakan mengaktifkan Klausa 8.7, pemain naturalisasi negara itu berjaya membatalkan kontraknya selepas Tok Gajah dilapor gagal membayar gaji mengikut perjanjian yang ditetapkan kedua-dua pihak.

Pahang mungkin tidak menyangka Sumareh akan angkat kaki ketika Liga Malaysia dihentikan seketika akibat penularan wabak Covid-19, namun mereka lupa bahawa pemain kelahiran Gambia itu sememangnya sudah lama diintai pihak lain.

Sumareh merupakan antara pemain yang dicemburui oleh pasukan di rantau ini kerana aksi memukaunya sehingga berjaya membawa skuad Harimau Malaya agak selesa mengharungi Kelayakan Piala Dunia 202/Piala Asia 2023.

Skuad Police Tero FC yang bersaing dalam Liga Thai. – FB Police Tero

Malah pemain itu menjaringkan gol pembukaan ketika Malaysia menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada sesi kelayakan November tahun lalu.

Kenyataan Police Tero menerusi Facebooknya malam ini berkata, Sumareh akan memakai jersi bernombor 13 namun dia tidak dapat diturunkan dalam perlawanan Ahad ini kerana perlu melalui proses kuarantin.

“Police Tero FC mengesahkan mengikat Sumareh, pemain Malaysia-Gambia akan menyertai pasukan dan menambahkan kekuatan bagi saingan (liga) Thai Toyota.

“Liga 2020/21 akan kembali bersambung pada 12 September. Sumareh akan memakai (jersi) nombor 13 untuk Police Tero FC bagi saingan Liga Thai,” kata kelab berkenaan.

Malah Sumareh yang ‘hilang’ selama sebulan apabila tidak menghadiri sesi latihan bersama skuad Tok Gajah turut berkongsi ucapannya kepada para peminat pasukan baharunya.

Kontrak Sumareh bersama Pahang dikatakan hanya akan berakhir pada 2022.

“Kepada semua penyokong Police Tero, saya Mohamadou Sumareh, jumpa anda nanti di Bangkok,” kata Sumareh dalam rakaman video yang dikongsi dalam media sosial itu.

Kelab yang sebelum ini dikenali BEC Tero Sasana terlebih dahulu mengikat seorang lagi pemain Malaysia, Dominic Tan untuk memperkukuhkan jentera mereka. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan