31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Malaysia-UAE sepakat tingkat kerjasama pelbagai bidang – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sepakat dalam meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan, dan tenaga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebooknya berkata, persepakatan yang dicapai menerusi perbincangan telefon bersama Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan semalam.

Kata Anwar, ini didorong oleh hubungan erat yang terjalin antara kedua-dua negara.

“Saya juga ambil kesempatan  untuk mengucapkan terima kasih kepada Sheikh Mohamed di atas bantuan UAE terhadap Malaysia dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Syria baru-baru ini.

Advertisements

“Saya berharap dapat mengadakan lawatan ke UAE dalam masa terdekat dan berbesar hati untuk menerima lawatan Sheikh Mohamed ke Malaysia pada tahun ini,” katanya hari ini.

Khamis lalu, Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap wakil pemerintah di Wilayah Al Dhafra, Sheikh Hamdan Zayed Al Nahyan di Emirates Palace Hotel, Abu Dhabi.

Dalam sesi menghadap itu, Seri Paduka berkenan menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan bantuan kerajaan UAE dan Persatuan Bulan Sabit Merah negara Asia Barat itu dalam menyampaikan sumbangan kerajaan Malaysia sebanyak 40 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Syria. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan