29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Agong berkenan sempurna majlis pecah tanah surau IPD Cameron Highlands

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah tapak surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands di Brinchang.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Md Nor dan Pengarah Eksekutif LBS Datuk Seri Daniel Lim Hock Sing.

Surau yang bakal menjadi mercu tanda baharu Cameron Highlands itu akan dibina di atas tanah seluas seekar dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2024.

Advertisements

Berkeluasan 6,016 kaki persegi, surau itu mampu memuatkan 200 jemaah pada satu-satu masa dan bakal memberi manfaat kepada kakitangan IPD Cameron Highlands serta masyarakat setempat.

Pembinaan surau itu bakal menelan belanja hampir RM5 juta hasil sumbangan LBS Bina Group Berhad sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat pemaju hartanah berkenaan.

Sementara itu, Razarudin dalam ucapan mewakili pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih atas usaha dan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dan syarikat pemaju yang bakal menjayakan pembinaan surau berkenaan.

“Sesungguhnya pembinaan rumah ibadat ini mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan warga pasukan terutama yang beragama Islam,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan