31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Aset Sultan Johor digerakkan bantu mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA aset milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar iaitu air boat berkuasa tinggi digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa-mangsa banjir.

Baginda berkenan aset berkenaan digunakan bagi tujuan berkenaan berikutan banjir melanda beberapa daerah di negeri Johor.

Menerusi hantaran di media sosial Facebook baginda memaklumkan, pada hari ini air boat itu digunakan bagi tujuan penghantaran bekalan makanan ke penempatan Orang Asli yang terputus hubungan.

Air boat itu dikemudi oleh Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang kemudian membawa bekalan makanan ke Kampung Orang Asli Pucur di Kahang,”katanya.

Tunku Abu Bakar menyantuni mangsa banjir.

Tunku Abu Bakar mengemudi bot berkenaan selama hampir 40 minit menyusuri Sungai Kahang, dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir.

Operasi turut disertai anggota PPDA JBPM Johor, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dan ADUN Kahang, V Vidyananthan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan