28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kerjasama lebih erat Malaysia-Arab Saudi isu haji, umrah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah bersama delegasi, hari ini.

Menerusi pertemuan diplomatik itu, Perdana Menteri berkata, mereka telah berbincang mengenai kerjasama erat terutamanya berkaitan isu pelaksanaan haji dan umrah bagi rakyat Malaysia.

“Kami telah berbincang kerjasama yang lebih erat terutamanya terkait isu melancarkan pelaksanaan haji dan umrah bagi rakyat Malaysia.

Advertisements

“Kami turut berbincang mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang lain termasuk pelancongan, pendidikan, pelaburan dan perdagangan,”katanya menerusi hantaran Facebook rasmi beliau tadi.

Jelasnya, hubungan rapat Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin selama ini diharap menjadi lebih erat demi kemaslahatan rakyat Malaysia khasnya dan umat Islam amnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar membayangkan sedia memohon kuota tambahan jemaah haji Malaysia selepas mengadakan pertemuan beliau bersama Dr. Tawfiq. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan