27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

4 warga emas maut kereta bertembung lori

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT warga emas maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah treler muatan batu arang di Jalan Sungai Baru, Trong, Taiping, Perak, petang tadi.

Ketua operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rizan Shahrudin berkata, keempat-empat mangsa yang menaiki kereta jenis Vios itu tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut beliau, mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki dan dua dua wanita, identiti mangsa dikenali sebagai Ng Swee Ho, 67, Ng Ah Mooi, 63, Chew Yang Kim, 77 dan Kor Siok Har, 64.

“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.31 petang, seterusnya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dengan dibantu BBP Taiping bergegas ke lokasi.

“Kemalangan itu mengakibatkan empat mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala pemandu treler didapati selamat,” katanya hari ini.

Advertisements

Ujar beliau, anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan power unit dan peralatan menyelamat (rescue cutter dan spreader).

“Seterusnya kesemua mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 7.23 malam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan