26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

KPM, Bank Dunia kerjasama baiki, kukuh dasar pendidikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) dan Bank Dunia menjalinkan kerjasama bagi memberi penekanan kepada dasar pendidikan, serta bidang lain yang berkaitan dengan pendidikan untuk diperbaiki dan diperkukuh.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kerajaan Malaysia telah bekerjasama rapat dengan Bank Dunia sejak penubuhan Hab Bank Dunia di Malaysia.

Katanya, berdasarkan pengalaman dan kepakaran Bank Dunia dalam sektor pendidikan di peringkat global, KPM bertuah mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan Bank Dunia bagi menanda aras dan mempelajari amalan terbaik daripada sistem pendidikan negara lain yang boleh membawa KPM kepada dasar pendidikan yang lebih baik dan berkesan.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Bank Dunia dalam meningkatkan pembinaan kapasiti di kalangan guru dan pegawai dalam bidang seperti kemahiran analisis.

Advertisements

“KPM percaya dengan rangkaian serantau dan antarabangsa, Bank Dunia mampu melibatkan pakar antarabangsa untuk menyokong dan melengkapkan guru dan pegawai pendidikan dengan kemahiran yang lebih maju dalam penyelidikan dan analisis data,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini.

Tambahnya, KPM akan terus berusaha dalam menambah baik ekosistem sekolah di negara ini.

“Justeru, kementerian mengalu-alukan sokongan daripada Bank Dunia untuk membantu dalam mengatasi cabaran berkaitan penjanaan kerugian dan jurang pembelajaran di sekolah.

“Selain itu, kementerian juga meletakkan keutamaan dalam kesejahteraan guru dan kapasiti pedagogi pendidikan digital di sekolah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan