32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

4,333 Pegawai Perubatan kontrak dapat lantikan tetap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 4,333 Pegawai Perubatan kontrak telah dilantik tetap dan seramai 20,330 pegawai masih berkhidmat secara kontrak berdasarkan data sehingga 31 Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, bagi tahun ini, sebanyak 4,263 kekosongan jawatan tetap ditawarkan untuk diisi oleh Pegawai Perubatan kontrak yang berjaya dalam proses temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Menurutnya, pelantikan tetap Pegawai Perubatan kontrak ini dijangka selesai pada Julai 2023.

Beliau turut menjelaskan, KKM tidak boleh menghalang mana-mana petugas kesihatan termasuk Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan meletak jawatan dan berhijrah untuk mendapatkan pekerjaan ke luar negara.

“Faktor utama penghijrahan Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan Kementerian yang telah meletak jawatan ini ke luar negara adalah disebabkan insentif dan gaji yang lebih baik ditawarkan sektor kesihatan luar negara khususnya di negara maju,” katanya, hari ini.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib (BN-Maran) yang ingin tahu apakah langkah segera yang diambil untuk menghalang penghijrahan kelulusan perubatan mendapat pekerjaan di luar negara dan berapa ramai lagi doktor-doktor kontrak yang belum diberikan taraf tetap.

Dalam pada itu, Lukanisman berkata, bagi Pegawai Perubatan di KKM, emolumen atau gaji permulaan yang diterima oleh Pegawai Perubatan Gred UD41 adalah berjumlah RM5,197.00 dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak RM225.00 setahun.

“Gaji permulaan yang diterima ini pada dasarnya adalah jauh lebih tinggi daripada skim-skim perkhidmatan lain di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) dalam Perkhidmatan Awam,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan