26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

TSMCG catat sejarah sedekad sumbang darah buat PDN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YAYASAN Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMCG) berjaya mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila menganjurkan buat tahun ke-10 Kempen Derma Darah bagi membantu Pusat Darah Negara (PDN).

Pengasas TSMCG, yang juga Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu telah dihadiri oleh penderma tegar yang telah mengikuti program berkenaan saban tahun, pengunjung pasaraya dan juga masyarakat di sekitar Lembah Klang.

“Hari ini saya hadir ke Majlis Pelancaran Kempen Derma Darah TSMCG di Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur. Seiring dengan motto Yayasan, iaitu “Giving From the Heart”, tradisi ini diteruskan bagi membantu Pusat Darah Negara (PDN) mengumpul bekalan darah daripada orang ramai selain penderma tegar yang telah menyokong kempen ini saban tahun.

“Apa yang membanggakan, Edisi Ke-10 kempen ini menandakan program ini telah berjalan selama satu dekad!

Advertisements

“We are very proud to announce that this year is the 10th time we are holding a blood drive in collaboration with the National Blood Centre. Satu dekad! Tahniah Yayasan TSMCG dan PDN,” katanya dalam Facebook malam tadi.

B eliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Bersama, PDN dan IGB Berhad yang memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program tersebut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan