24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PGA, polis gagalkan cubaan seludup masuk 97 PATI 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BATALION 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dan anggota dari Balai Polis Jeram Perdah berjaya mengagalkan cubaan menyeludup 97 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kelantan, kelmarin.

Susulan itu, seorang lelaki warganegara Thailand yang bertindak sebagai tekong darat dicekup bersama Kesemua PATI ketika bersembunyi di kawasan semak di Kampung Sapi, Jeram Perdah  di Pasir Mas kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun, semasa sedang melakukan pemerhatian dilokasi anggota bertugas telah ternampak seorang lelaki berjalan masuk ke dalam kawasan semak dengan membawa bungkusan plastik makanan dalam keadaan yang mencurigakan.

“Suspek kemudiannya menyerahkan bungkusan plastik dibawanya kepada sekumpulan lelaki dan perempuan yang berada di dalam kawasan semak tersebut. 

“Pegawai dan anggota PGA terus menjalankan serbuan sebelum menemui 97 PATI warganegara Myanmar. Daripada jumlah tersebut 78 PATI itu adalah lelaki dan selebihnya wanita.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati kesemua warganegara Myanmar itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah memasuki negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Ujar Muhamad Zaki, suspek yang bertindak sebagai tekong darat turut dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah di sini untuk tindakan lanjut bersama 97 PATI tersebut.

Menurutnya, anggota PGA turut merampas sebuah telefon pintar dan wang tunai sebanyak RM3,000 disyaki hasil daripada kegiatan pemerdagangan manusia bersama tekong darat itu.

“Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA manakala 97 PATI disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan siasatan lanjut berhubung kes tersebut masih diteruskan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan