24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis tahan 2 lelaki bersama 3 kg ganja bernilai RM26,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dalam serbuan dekat sebuah premis di Jalan Maarof di Kuala Lumpur, kelmarin.

Turut ditemui dalam serbuan berkenaan ialah lebih tiga kilogram (kg) ganja dianggarkan bernilai hampir RM26,000

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada jam pada pukul 6.55 petang, hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata ketika serbuan dilakukan, terdapat dua lelaki tempatan berada dalam premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di premis terbabit, kita menemui dadah jenis ganja seberat 3.3 kg dianggarkan bernilai RM25,950 selain merampas wang tunai RM120.

“Hasil ujian saringan awal urin, didapati kedua-dua suspek positif dadah jenis kanabis (THC),” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Advertisements

Ujar Amihizam, dua suspek itu direman tujuh hari bermula hari ini hingga 24 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 6,738 pengguna bahan terlarang itu.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Brickfields masih lagi menjalankan risikan serta siasatan bagi mengenalpasti ahli-ahli sindiket ini serta sumber bekalan dadah diperoleh,” katanya.

Dalam ada itu, Amihizam memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkait rampasan dadah ini untuk tampil menyalurkan maklumat di talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan