29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

SPPB ditutup sementara bagi penambahbaikan – Fadhlina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SISTEM Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) akan ditutup sementara pada hujung minggu ini bagi kerja-kerja penambahbaikan ekoran kesukaran guru-guru memasuki sistem tersebut bagi mengemas kini permarkahan murid.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau telah menerima banyak aduan dan keluhan berkaitan sistem itu yang tidak dapat berfungsi seperti mana para guru harapkan.

“Bagi pihak KPM, saya amat kesal dan memohon maaf atas segala kesulitan dan tekanan yang terpaksa dilalui oleh para guru.

“Justeru, SPPB akan ditutup pada hujung minggu ini agar dapat ditambahbaik dan tidak menjadi tekanan kepada guru,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Fadhlina lagi, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil beberapa langkah termasuk menggerakkan pasukan pegawai di peringkat daerah dan negeri untuk ke sekolah-sekolah bagi membantu guru mengemas kini data dan melengkapkan proses kerja berkaitan.

Advertisements

Terdahulu, KPM dalam satu kenyataan telah mengambil tindakan penambahbaikan pada peringkat rangka kerja (framework) pangkalan data dan pengaturcaraan beberapa aplikasi kementerian susulan gangguan capaian sistem mula dikesan pada 15 Januari lalu.

Menurut kenyataan itu, isu gangguan tersebut termasuk Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) dan Sistem Pengurusan Identiti (idME) yang merupakan Sistem Daftar Diri Tunggal bagi setiap pengguna aplikasi KPM.

”Gangguan capaian sistem itu adalah disebabkan capaian trafik yang amat tinggi daripada pengguna sistem iaitu para guru yang sedang melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara dalam talian.

KPM memaklumkan sehingga hari ini, prestasi capaian adalah semakin baik namun ia masih belum pulih sepenuhnya dan pemantauan prestasi capaian sistem serta tindakan pemulihan diteruskan secara rapat dan segera bagi memastikan isu gangguan dapat diatas secara menyeluruh.

Menurut kenyataan itu lagi, para guru juga mempunyai tempoh sehingga 10 Mac depan untuk melaksanakan aktiviti perekodan dan pelaporan PBD sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Kerja PBD Akhir Sesi Akademik 2022/2023.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan