29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Menteri jawab kekeliruan awam isu pelekat cukai jalan

Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan - Anthony Loke

Mesti Baca

ISU pemansuhan pelekat cukai jalan untuk kenderaan persendirian yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mencetuskan kekeliruan kepada para pengguna.

Mereka bimbang langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melaksanakan kaedah pendigitalan itu akhirnya akan menimbulkan permasalahan lain.

Sehubungan itu pelbagai pihak menyuarakan kebimbangan mereka malah ramai yang menganggap isu pelekat cukai jalan itu bukanlah isu-isu yang mendesak.

Menjawab kekeliruan tersebut, Loke tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut yang kini menjadi polemik awam.

Berikut kenyataan penuh beliau yang dimuatkan dalam Facebook beliau malam ini:

Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat cukai jalan tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, saya tahu ramai yang ada pelbagai persoalan. Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya;

1) Adakah wajib untuk muat turun aplikasi MyJPJ?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk cukai jalan dan lesen memandu.

2) Kalau tak dapat muat turun MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk cukai jalan digital, adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen melalui sistem dalam peranti penguatkuasa.

3) Adakah cukai jalan dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya pelekat tak perlu ditampal.

Advertisements

4) Kalau warga emas yang tak ada telefon pintar dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, format digital bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan pelekat cukai jalan dan lesen fizikal daripada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan cukai jalan digital?

Senang sahaja, cukai jalan digita boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan… pihak penguatkuasa akan semak butiran dalam peranti mereka.

6) Mengapa saya tak dapat log masuk MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baharu, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.

Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.

Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.

Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin

Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.

Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.

Terima kasih!

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan