30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 18, 2025

Seorang lagi mangsa nahas van di Genting Higlands maut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lagi mangsa kemalangan jalan raya melibatkan van persiaran yang terbabas di Genting Highlands meninggal dunia hari ini menjadikan korban nahas itu meningkat kepada lapan orang.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa Chew Chong Beh,73, meninggal dunia pada pukul 1.46 tengah hari ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pihak polis mengesahkan sehingga pukul 6 petang hari ini seramai lapan mangsa meninggal dunia.

“Empat mangsa masih menerima rawatan di HKL dan seorang mangsa di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh manakala seorang lagi mangsa telah ‘discharge’ dari hospital,” katanya di sini hari ini.

Advertisements

Kelmarin tujuh maut, manakala tujuh lagi cedera selepas van persiaran yang mereka naiki terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika menuruni pusat pelancongan tanah tinggi itu.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu van, Wong Choun Chiet,49 dan enam penumpang iaitu Foong Ah Lan,67; Lee Moy,67; Wong Ah Moi,83; Ang Meng Hong,62; Seow Mee Tin, 72 dan Chan Them Kong,7.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu berlaku ketika kesemua 14 mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan 12 perempuan dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Genting Highlands.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kepimpinan, pengalaman Siti Fadilah mampu perkasa IRM

KEPIMPINAN dan pengalaman yang dimiliki oleh Siti Fadilah Mohd Hood diyakini mampu memperkasa Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mencapai...

Lagi Artikel Berkaitan