Sunday, June 14, 2026

Banjir: APM hantar calon SPM, guru, pegawai terjejas ke sekolah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 16 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan empat orang guru serta seorang pegawai di bawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chong Hwa di Kuantan, Pahang menaiki trak oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ini berikutan laluan ke sekolah berkenaan ditutup untuk kenderaan kecil disebabkan situasi banjir di negeri tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu hantaran di Facebook mengumumkan akan sentiasa siap siaga dan bekerjasama erat dengan agensi kerajaan demi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan SPM Tahun 2022.

Peperiksaan SPM 2022 dilaksanakan sejak 30 Januari lalu hingga 15 Mac depan melibatkan ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis.

KPM dalam satu kenyataan sebelum ini berkata seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan antara 20 Feb hingga 15 Mac.

Ujian Amali Sains (Fizik) akan diadakan pada 30 Jan membabitkan 93,490 calon, Ujian Amali Sains (Biologi) pada 31 Jan membabitkan 74,642 calon, dan pada 2 Feb, seramai 94,672 calon akan menduduki Ujian Amali Sains (Kimia) dan 1,675 pelajar akan menduduki Ujian Amali Sains (Sains Tambahan).

Ujian Bertutur (Bahasa Melayu) akan diadakan pada 7 hingga 9 Feb melibatkan 397,854 calon, manakala Ujian Bertutur (Bahasa Inggeris) pula pada 13 hingga 15 Feb melibatkan 397,057 calon.

Ujian Mendengar (Bahasa Melayu) melibatkan 397,854 calon dan Ujian Mendengar (Bahasa Inggeris) membabitkan 397,057 calon akan diadakan pada 16 Feb.

KPM berkata seramai 131,318 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut.

“Sebanyak 3,355 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negara,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan