24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kedutaan Turkiye hargai bantuan pantas kerajaan Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEDUTAAN Turkiye di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan gempa bumi yang melanda Turkiye, semalam.

Kedutaan itu dalam ciapannya turut menyiarkan beberapa keping gambar dan video mengenai penghantaran anggota SMART ke Turkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur lewat malam tadi.

Pasukan elit SMART membabitkan seramai 70 anggota itu terdiri daripada pasukan perubatan dari Kor Kesihatan Diraja (KKD), Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat).

Advertisements

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam bencana itu. Kesemua 13 rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas selamat, menurut kementerian berkenaan.

Media Turkiye melaporkan sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 yang lain cedera di 10 wilayah di negara itu setakat ini berikutan dua gempa bumi kuat yang menggegarkan wilayah selatan negara itu pada Isnin.

Gempa bumi kuat dengan pusat gempa di daerah Pazarcik, turut melanda negara jiran Syria dengan hampir 1,300 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 2,400 yang lain cedera. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan