26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Zambry sahkan tiada warga Malaysia terlibat gempa di Turkiye

Sebagai tanda solidariti, saya turut memaklumkan mengenai penghantaran 75 anggota SMART ke negara itu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengesahkan bahawa setakat ini tidak ada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa yang tercetus di selatan Turkiye pagi tadi.

Menerusi kenyataan dikeluarkan tadi, beliau turut mengesahkan sudah menghubungi rakan sejawatannya, Mevlut Cavusoglu bagi menzahirkan perasaan simpati Malaysia terhadap negara tersebut.

“Saya telah bercakap sendiri dengan beliau selain mengutuskan ucapan takziah kerajaan dan rakyat Malaysia ke atas mangsa serta untuk kerajaan dan rakyat Turkiye,” katanya di sini.

Mengulas lebih lanjut, Zambry berkata, menerusi perbualan dengan Cavusoglu, beliau diberikan peluang mendapatkan perkembangan terkini insiden bencana alam dahsyat itu.

Advertisements

“Sebagai tanda solidariti, saya turut memaklumkan mengenai penghantaran 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke negara itu,” tambahnya.

Kumpulan berkenaan akan menaiki pesawat Turkish Airlines penerbangan TK61 berlepas pukul 11.50 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Istanbul.

Gempa berukuran 7.8 skala Magnitud berdurasi 75 saat dilaporkan melanda barat bandar raya Gaziantep dekat sempadan Syria pada pukul 4.17 pagi (9.17 pagi waktu Malaysia).- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan