28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Warga asing dibenar solat di masjid mulai 1 September

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Warga asing beragama Islam akhirnya dibenarkan menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau di negara ini bermula 1 September.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya menerima banyak rayuan berhubung perkara itu setelah hanya diplomat dan duta sahaja dibenarkan berbuat demikian.

“Jadi, kerajaan bersetuju untuk membenarkan warga asing solat berjemaah di masjid dan surau bermula 1 September.

“Tetapi mereka juga perlu mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan kerajaan,” katanya pada sidang media hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB – Foto MM

Ismail Sabri pada masa sama berkata, kerajaan juga memutuskan agar penggunaan sejadah sendiri untuk menunaikan ibadah di masjid tidak lagi diwajibkan, namun jemaah masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Advertisements

Menurutnya, mengambil kira rayuan orang ramai menerusi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri, kerajaan telah bersetuju melonggarkan syarat tersebut.

“Setelah mendapat pandangan KKM, kita telah bersetuju untuk melonggarkan syarat tersebut di mana membawa sejadah tidak menjadi satu perkara yang wajib.

“Bagaimanapun, kita masih menggalakkan orang ramai untuk membawa sejadah sendiri, dan pelitup muka masih diwajibkan,” ujarnya.

Sementara itu, Ismail Sabri menyarankan pihak masjid agar sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mengawal penularan Covid-19 dengan menggalakkan penjualan pelitup muka di pintu masuk masjid.

Kerajaan katanya turut membenarkan pihak masjid untuk menyediakan kertas pelapik jenis pakai buang sebagai pengganti kepada sejadah sekiranya terdapat pihak masjid yang merasakan perlu bagi pelaksanaan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan