33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Video tersembunyi: 11 individu diambil keterangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 11 individu telah diambil keterangan berkaitan kes video tular yang memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua yang dirakam percakapan melibatkan pekerja premis dan penyelenggara bangunan.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menyiasat lokasi sebenar kejadian. 

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan pemilik Twitter yang menyebarkan video berkenaan gagal dikesan. 

“Kita masih menunggu laporan video daripada CyberSecurity Malaysia (CSM),” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Advertisements

Noor Dellhan berkata, polis juga ada menerima laporan daripada seorang daripada mangsa dipercayai dalam video tersebut.

“Sehubungan dengan itu polis meminta mangsa-mangsa dalam video terbabit tampil membantu pihak polis mengembangkan siasatan.

“Kita masih melakukan siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang,” jelasnya. 

Pada 11 Januari lalu, seorang pemilik Twitter memuat naik tangkap layar beberapa video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bilik persalinan di pusat beli-belah di ibu negara. 

Dalam video terbabit turut memaparkan beberapa individu melakukan perbuatan tidak senonoh.

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan