24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Nasib KJ ditentukan petang ini – Tok Mat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NASIB bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam parti akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memberitahu keputusan dalam menentukan bentuk hukuman terhadap bekas Ahli Parlimen Rembau akan dimuktamadkan dalam mesyuarat parti itu hari ini.

Ini susulan kritikan yang dilontarkan Khairy terhadap pemimpin atasan parti tersebut kebelakangan ini.

“Petang ini,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Mesyuarat UMNO  dijadual diadakan petang di Menara Dato’ Onn.

Advertisements

Khairy sebelum ini secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu, jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau dalam masa yang sama turut menegaskan, semua pihak perlu mengakui UMNO perlu berubah untuk kembali menjadi parti yang boleh dibanggakan dan menjadi wadah politik terbesar seperti suatu ketika dahulu.

Untuk rekod, Khairy juga sebelum ini secara terbuka menyatakan hasrat untuk bertanding bagi merebut jawatan Presiden parti tetapi malangnya UMNO memuktamadkan usul tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi semasa Perhimpunan Agung yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Khairy juga memuji tindakan dua ahli UMNO yang membuat aduan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) minggu lepas berhubung usul tiada pertandingan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan