36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Anggota trafik terbabit nahas semasa bertugas Op Selamat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam nahas jalan raya semasa sedang bertugas sempena Op Selamat di Kilometer 9.9, Lebuh Raya Persekutuan di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari, Sarjan Abdul Jalil Md. Said, 35, cedera di muka dan bengkak mata kiri ketika melakukan pemantauan di sekitar bandar raya Shah Alam dengan menunggang motosikal peronda.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, kemalangan dikatakan berlaku ketika anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sedang melalui susur masuk ke sebuah stesen minyak.

“Pada masa sama, sebuah kereta kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 secara mengejut turut masuk simpang kiri ke stesen minyak sama.

“Anggota itu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Mohd. Iqbal lagi, susulan pelanggaran itu mengakibatkan mangsa cedera di muka termasuk bengkak mata kirinya.

Mennurutnya, pemandu SUV berusia 42 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota polis itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi rawatan lanjut.

“Polis telah mengarahkan pemandu kereta berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam bagi membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan