34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Polis buru 2 lelaki terlibat samun bersenjata di kedai makan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS kini sedang memburu dua lelaki yang terlibat kes samun bersenjata di sebuah kedai makan di Jalan Stutong, Kuching di Sarawak, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.55 pagi.

“Siasatan mendapati, kejadian samun membabitkan dua suspek itu menggunakan sebilah parang.

“Pengusaha kedai makan terbabit mengalami kerugian sebanyak RM2,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Tambah Ashmon, pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah digerakkan bagi mengesan kedua-dua suspek.

“Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 51 saat memaparkan kedua-dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun itu menaiki kereta Perodua Kelisa putih. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan