32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Persahabatan peribadi Anwar, Hassanal Bolkiah erat Malaysia-Brunei

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin hubungan Malaysia-Brunei Darussalam akan terus diperat dengan adanya hubungan persahabatan yang cukup istimewa antara beliau dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

“Dalam pertemuan empat mata dengan Paduka Seri Baginda Sultan, kedua-dua negara telah bangkitkan beberapa perkara antaranya isu persempadanan yang harus dipesatkan.

“Selain itu menyentuh isu pelaburan, petroleum dan gas, pelancongan dan Ibu Kota Nusantara.

“Perbincangan itu secara tidak langsung akan membuka peluang besar kepada Brunei dan Malaysia menerusi Sabah serta Sarawak.

“Paduka Seri Baginda Sultan dan saya yakin hubungan Malaysia-Brunei Darussalam akan terus diperat dengan adanya hubungan persahabatan yang cukup istimewa antara kami berdua,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Terdahulu Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei, di Istana Nurul Iman hari ini.

Anwar turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah.

Perdana Menteri dan Sultan Brunei kemudian menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Agensi Pelaburan Brunei (BIA). – Edisi 9

Terkini

50 keluarga asnaf terima bantuan pek makanan IR Malaysia

SERAMAI 50 keluarga asnaf menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) sempena program MySinggah Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan