Saturday, June 13, 2026

Nahas di Jalan Kahang-Mersing: Seorang lagi meninggal dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lagi mangsa nahas dua kenderaan yang meragut lima nyawa di Kilometer 71 Jalan Kahang -Mersing, Johor disahkan meninggal dunia, malam tadi.

Siti Nurzannah Kahdar, 25, yang duduk di sebelah pemandu dalam Perodua Myvi yang terbabit kemalangan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Kematian Nurzannah menjadikan keseluruhan angka korban akibat nahas tersebut seramai enam orang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian itu berlaku ketika Perodua Myvi dinaiki lapan individu termasuk tiga kanak-kanak itu dalam perjalanan dari arah Kluang menuju Kahang.

“Semua mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk berkelah di pantai Air Papan Mersing.

Terdahulu, lima dilapor maut termasuk dua kanak-kanak berusia 11 tahun, manakala enam yang lain cedera selepas dua kenderaan terbabit kemalangan itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.40 petang membabitkan sebuah Perodua Myvi yang dinaiki lapan individu termasuk tiga kanak-kanak dan sebuah Honda Stream.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan