34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

TMJ selesaikan aduan netizen Tanjung Balau banyak sampah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HANYA beberapa jam sahaja diadukan masalah berkenaan sebuah lokasi pelancongan di Johor dicemari sampah-sarap di Twitter Tunku Mahkota Johor, tindakan pembersihan dilaksanakan pada hari yang sama.

Pengguna twitter dengan nama Adly@Separa-Penuh mengetengahkan permasalahan berkenaan dengan menyebut nama akaun Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada hantaran yang dimuat naik kira-kira pukul 6.50 petang semalam.

Tidak lama selepas itu, Tunku Ismail memberikan respon positif berhubung aduan tersebut.

Dalam hantaran di Twitter, Tunku Ismail bertitah tindakan sudah diambil.

“Saya berharap masyarakat menghormati negeri dan alam sekitar kita dan ubahlah pemikiran dari membuang sampah merata-rata.

Advertisements

“Apabila saya pantau, selepas kerja pembersihan dibuat, pembuangan sampah terus berlaku di setiap tempat. Tolonglah ubah sikap #mindset,” katanya dalam satu ciapan di Twitter malam tadi.

Terdahulu pengguna Twitter berkenaan berkongsikan pengalaman cuti-cuti Malaysiannya musnah dengan masalah sampah sarap yang dibuang di merata tempat di Tanjung Balau.

Malah, pengguna Twitter berkenaan juga menegaskan sesuatu perlu dilakukan kerana keadaan berkenaan adalah keterlaluan dan “sakit” untuk dilihat.

“Segala mak nenek sampah ada di sini. Saya sangat sedih,” ujar Adly.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan