27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

BAP: Galakkan bayaran terus ke akaun bank murid

Ibu bapa tidak perlu datang beratur di sekolah dan guru pula tidak perlu menguruskan pemberian bantuan di sekolah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDEKATAN memasukkan terus Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akaun bank murid diyakini dapat meningkatkan produktiviti dan menjimatkan masa banyak pihak.

Pandangan itu dilontarkan, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, ibu bapa tidak perlu datang beratur di sekolah dan guru pula tidak perlu menguruskan pemberian bantuan di sekolah.

“Apabila dibuat secara manual di sekolah, ibu bapa juga perlu menandatangani beberapa helaian kertas dan guru perlu memastikan proses dilaksanakan satu persatu.

“Selain daripada itu, pembayaran ke akaun murid juga memastikan tatacara pengurusan kewangan yang teratur dan selamat.

“Ini dapat mengelakkan kejadian kehilangan tunai sepertimana yang berlaku semalam berulang lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, bagi seorang pentadbir sekolah, kejadian samun melibatkan wang BAP yang dikeluarkan oleh seorang guru besar tentunya merupakan satu detik hitam dalam hidup mereka.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, sewaktu di KPM dahulu, beliau sentiasa amat menggalakkan usaha supaya bayaran BAP dibuat terus ke dalam akaun bank murid.

“Pendekatan memasukkan terus bantuan ini ke akaun bank murid dapat meningkatkan produktiviti dan menjimatkan masa banyak pihak.

“Sekiranya pembayaran tunai perlu dibuat, SOP yang ketat mestilah dipatuhi oleh Ketua Jabatan mengikut Arahan Perbendaharaan (AP) 137 – Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan,” katanya.

Ujar beliau, semoga usaha untuk menggalakkan pembayaran terus ke akaun bank murid dapat dipergiatkan.

Radzi berkata demikian mengulas kejadian samun wang bantuan awal persekolahan yang menimpa seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di Semenyih, semalam.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan